Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom. Ianya terletak di selatan  Bandaraya Amman, Jordan dalam Muhafazah ( daerah ) Karak.

Mu'tah merupakan tanah jajahan Kerajaan Rom Timur ( Byzantine ) yang diperintah oleh Kaisar Hercules.


Peperangan Mu'tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal Tahun 8H bersamaan bulan September Tahun 629M sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil  Al Ghassani  pererintah tanah jajahan Byzantine.

Dalam peperangan ini Rasulullah s.a.w tidak ikut serta. Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana  selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

.
Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah Zaid bin
Harithah ( anak angkat Rasulullah ), Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.



GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bebdera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib (  sepupu Rasulullah ) sebagaimana yang diwasiatkan oleh Nabi. Untuk memudahkan pergerakannya Jaafar bin Abi Talib bertindak berani turun ke dari kudanya.

Masjid yang menempatkan makam jasad Jaafar Attoyyar

Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkan Jaafar bin Abi Talib sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.



Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan beliaupun turut syahid. Melihatkan keadaan  nii Tsabit bin Arqam telah mengambil bendera tersebut lalu berteriak..

" Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah kamu pada seseorang " 

Lalu kaum Musliminpun berkumpul mengililingi Khalid bin al Walid ( isyarat bai'ah  perlantikan  Khalid bin Al Walid sebagai pangkima perang Tentera Muslimin yang baru ). Dengan ini, maka Tsabit bin Aeqam menyerahkan  bebdera Nabi kepada beliau ( Khalid bin AlWalid ).



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategibaru.Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang membuat satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.
Keesokan harinya selepas subuh beliaumengarahkan barisan hadapan ke belakang dan barisan belakang ke hadapan. Begitu juga barisan sebelah kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke  kanan  dan barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang  tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.

Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.




Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




Sabtu, 7 Mac 2015

PEPERANGAN YARMUK


Peperangan ini merupakan peperangan paling penting dalam sejarah dunia kerana ianya menandakan bermulanya kebangkitan besar dan pertama penaklukan Muslim di luar Arab serta penyebaran Islam ke Palestin, Syria dan Mesopatamia yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.


PERLANTIKAN KHALID AL WALID SEBAGAI PANGLIMA PERANG

Peperangan Mu'tah berlaku pada tahun 8H bersamaan 629M adalah peperangan pertama Tentera Islam menentang Tentera Rom. Peperangan ini adalah reaksi Rasulullah atas kematian Harith bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh Syarhabil al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantin.

Rasulullah telah mengisyratkan  tiga orang sahabat sebagai Panglima Perang bagi menentang Tentera  iaitu
  1. Zaid bin Harithah 
  2. Jaafar bin Abi Talib ( Jaafar At Toyyar 
  3. Abdullah bin Rawahah.
Apabila ketiga tiga orang sahabat ini syahid Tentera Islam telah bersepakat melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang  mereka.


Kejayaan Khalid al Walid menewaskan Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang dalam Peperangan Mu'tah telah melonjakkan nama beliau sebagai panglima perang yang hebat.

Dengan kejayaan ini maka Saidina Abu Bakar as Siddiq ( 632 - 634M ) , telah menberi sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada beliau untuk memimpin satu lagi peperangan besar yamg melibatkan Tentera Rom.


Kegigihan Khalid bin Al Walid telah membuahkan hasil dimana Tentera Islam seramai 45,000 orang telah berjaya mengalahkan Tentera Rom berlipat kali ganda ramainya.



PAHLAWAN YARMUK

1.ASMA' BINTI YAZID AS SAKAN

Keinginannya untuk terjun ke medan jihad terbit sejak kewafatan Nabi s.a.w.  Dalam Peperangan Yarmuk, Asma binti Yazid berada di barisan belakang . Ketika pertempuran sedang memuncak, dia yang berjuang sepenuh tenaganya tidak menjumpai apa apa senjatapun melainkan sebatang tiang khemah.

Dengan bersenjatakan tiang itulah, beliau telah menyusup masuk ke tengah tengah medan pertempuran lalu menyerang musuh yang berada di kiri dan kanannya serta berjaya membunuh sembilan orang Tentera Rom.



Keberanian dan tekadnya yang kuat membela serta mempertahankan  agama  Allah telah menjadi contoh kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Asma' binti Yazid wafat pada tahun 30H / 651M iaitu selepas tujuh belas tahun berlakunya Peperangan Yarmuk.

2. GREGORIUS THEODORE

Tentera Islam lebih segar, bersemangat dan bersedia untuk berperang. Harapan yang tinggi untuk mengalahkan Tentera Rom pada hari keenam Peperangan Yarmuk telah melenyapkan segala Tragedi Hitam yang menimpa Tentera Islam pada Hari keempat Peperangan Yarmuk . 



Ketika matahari naik di Jabalud Druz, Gregorius Theodore  Komander Perang  Tentera Rom telah menunggang kudanya menuju ke arah Tentera Islam dengan misi untuk membunuh Khalid al Walid.

Ketika menghampiri barisan Tentera Islam, beliau telah berteriak mengajak beradu kekuatan dengannya satu lawan satu. Abu Ubaidah al Jarrah telah bersiap sedia menyahut cabaran itu tetapi dihalang oleh Khalid al Walid kerana Gregorius bukanlah tandingannya.

Khalid al Walid tampil kehadapan menentang Gregorius ,panglima Tentera Rom yang gagah dan hebat. Dalam pertarungan ini, tombak Gregorius patah akibat terkena libasan pedang Khalid al Walid.




Pertarungan terhenti seketika. Gregorius telah bertanya kepada Khalid beberapa soalan tentang Islam dan motivasinya berperang. Mendengarkan jawapan Khalid al Walid, Gregorius mengisytiharkan keislamannya di hadapan ratusan ribu Tentera Rom dan Islam, .

Gregorius sempat belajar Islam dan solat dua rakaat sebelum menyertai Khalid al Walid dan Tentera Islam bertempur menentang Tentera Rom. Dalam pertempuran ini  Gregorius telah gugur syahid.

3.   IKRIMAH BIN ABU JAHAL

Ketika Ikrimah sudah bersiap sedia menyerang pasukan musuh, Khalid al Walid ( saudara sepupu kepada Ikrimah ) berkata "Jangan lakukan, Kematianmu sangat merugikan kaum Muslimin ".

Ikrimah menjawab "Biarlah Hai Khalid kerana engkau pernah ikut berperang bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan ayahku sangat hebat memusuhiNya.

Dalam riwayat lain Ikrimah ada berkata
"Aku dahulu memerangi Rasulullah di setiap medan pertempuran. Hari ini apakah aku akan lari dari kalian lalu diapun berseru "Siiapa yang mahu berbai'ah untuk syahid"

Maka bebai'ahlah al Harith bin Hisyam ( pakciknya ), Dhirar bin Azwar bersama empat ratus perajurit Muslim yang lainnya.

Mereka pun maju menggempur pasukan musuh di hadapan khemah Khalid al Walid hingga seorang demi seorang di antara mereka gugur Syahid.



KISAH RELA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA

Setelah peperangan tamat dan ianya dimenangi oleh Tentera Islam, kelihatan tiga orang sahabat Rasulullah dengan badan penuh luka meminta air kehausan. Mereka adalah

  1. al Harith bi Hisyam
  2. Ikrimah bin Abu Jahal 
  3. Ayyasy bin Abi Rabi'ah.


Saat ketiganya dalam keadaan kritikal maka datanglah seorang pembawa air kepada salah seorang di antara mereka.

Ketika air diberikan kepada al Harith, dia menoleh ke arah Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat memerlukan air maka al Harith pun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ikrimah )".

Airpun beralih ke Ikrimah. Ketika dia hendak meneguknya dilihat Ayyasy sedang menatap dirinya dengan pandangan ingin minum maka Ikrimahpun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ayyasy )"

Air beralih kepada Ayyasy. Belum sempat meminumnya, Ayyasy telahpun syahid maka si pembawa air bergegas mendapatkan dua orang sahabat yang pertama dan kedua akan tetapi kedua dua sahabat ini turut syahid.

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada mereka bertiga dan para Syuhada' sekelian.


PEMECATAN KHALID BIN AL WALID

Saidina Umar al Khattab telah mengambil alih pemerintahan Islam setelah kewafatan Saidina Abu Bakar as Siddiq.

Untuk mengelakkan Tentera Islam terlalu mendewakan Khalid bin al Walid, maka Saidina Umar telah memecat Khalid bin Al Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah al Jarrah ( 583 - 639 ).


Khalid menerima keputusan itu dengan tenang dan berkata " Saya berjihad bukan kerana Umar ". 

Hasil kerjasama Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah, Tentera Islam terus mara sehingga dapat menawan Aleppo ( Halab ), Damsyiq dan Baitul Muqaddis ( Jerusalem ).

Kaisar Heraclius dengan sedihnya terpaksa berundur ke Constantinople meninggalkan semua wilayah Syria yang telah dikuasai Tentera Rom selama lima abad.

Pembukaan kota ketiga suci dalam Islam pada tahun 15H / 636M  merupakan kemuncak kepada Peperangan Yarmuk. Atas permintaan Patriach Sopronius, Ketua Paderi Baitul Muqaddis, Saidina Umar bersetuju memasuki kota ini dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.



PENUTUP

Sesungguhnya Peperangan Yarmuk pada tahun 634M merupakan perintis kepada pembukaan wilayah wilayah Islam. Kejatuhan dan penaklukan ke atas Palestin, Syria dan Mesopotamia telah menafikan penguasaan Empayar Byzantin ( Rom Timur ) selama lima abad.

Akhir sekali kegigihan para Syuhada' dalam menegakkan kalimah Allah telah berjaya membawa masuk Din Allah ke bumi Syam yang dahulunya berpegang teguh kepada agama Kristian.

Sabtu, 21 Februari 2015

PERANG SALIB BHG. 1


Perang Salib meruoakan beberapa siri peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke 11 hingga ke 13 Masihi.Kempen peperangan ini mendapat restu Gereja Roman Khatolik

Terdapat pelbagai Perang Salib. Perang Salib yang terbesar sebanyak sembilan kali dan ianya berlaku pada abad ke 11hingga ke 13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang islamtetapi juga berlaku di Iberia dan Eropah Tengah.

Perang SalibPertama 1095 - 1099M )

Pada 1071, Empayar Byzantine ( Rom Timur ) telah jatuh ke tangan tentera Seljuk di Pertempuran Manzikert dan kekalahan ini menyebabkan Empar Byzantine kehilangan kesemua wlayah kecuali kawasan persisiran pantai Asia Minor ( Turki Baru ) iaitu barat Anatolia dan Constantinople,

Walaupun pada ketika itu berlaku pergolakan antara penganut Kristian Roman Khatolik di barat dengan Gereja Yunani Ortodoks di timur , dalam keadaan terdesak Alexius I Comnenus ( 1057 - 1118 ) maharaja Byzantine yang memerintah dari 1081 hingga 1118 masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain.

Kebanyakan maharaja Kristian merasa ragu ragu dan memandang sepi rayuan ini disebabkan pergeseran agama yang telah wujud antara gereja di timur dan di barat namun ada faktor lain yang menyokong permintaan maharaja Byzantine ini.

Kehadiran Islam ke Tanah Suci Kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin pada abad ke 7. Sungguhpun demikian orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat tempat  Suci atau mengganggu keselamatan biara biara dan masyarakat Kristian di Tanah suci.

Orang orang Eropah di barat juga begitu tidak peduli kehilangan Baitul Muqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan orang orang Islam dan puak puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar.


Bagaimanapun kejayaan demi kejayaan tentera Islam memberi tekanan yang hebat kepada kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Byzantine.

Kejayaan Bani Umayyah di Andalusia berjaya menjadikan Sepanyol sebuah nedara yang aman dan maju. Kota Cordova telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu yang pesat dan ulung di rantau Eropah.

Begitu juga dengan Kerajaan Islam Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Semasa pemerintahan Khalifah Harun ar Rasyid ( 145H - 193H ), Baghdad telah bangkit menjadi pusat perdagangan yang terkemuka. Baghdad juga merupakan pusat perkembangan ilmu pengetahuan . Ramai penuntut dari luar bertandang ke kota ini bukan sekadar ingin mempelajari imu tafsir dan Hadith malah ilmu perubatan, Mathematik, Falak dan sebagainya.


Bermula dari tahun 722Masihi lagi, orang orang Kristian telah melancarkan kempen Reconquista iaitu kempen penaklukan semula dari tangan orang islam.Kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav dan Magyar,ramai kesatria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap petani.

Pihak gereja berusaha membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce Of God namun terdapat segelintir Satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka.Untuk ini maka berperang denagan orang Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik.

Selain daripada itu pihak gereja telah memberi mereka pelbagai penghargaan termasuklah menjanjikan mereka dan penghapusan dosa. Pemberian restu papal pada 1063 oleh Paus Alexander II kepada rakyat Kristian diIberia  dan propaganda keagamaan dan  sokongan kepada Perang Yang Adil untuk merampas kkembali Tanah Suci Antioch dan Baitul Muqaddis telah menjadi pendorong untuk mereka "berjihad" menentabg orang Islam.

Perubahan sikap barat terhadap timur berlaku sejak tahun 1009 lagi apabila alHakim bin Amrillah, Khalifah Fatimiyah telah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitul  Muqaddis. Walaupun pengganti al Hakimmembenarkan Empayar Byzantine membina semula gereja dan jemaah kristian dibenarkan membuar kunjungan suci di Baitul Muqaddis , namun insiden ini tetap menyemarakkan lagi api peperangan.


Pada tahun 1095, Paus Urban II  telah memanggil satu bala tentera upahan seramai 40,000 orang menuju ke Kota Constantinople bagi mempertahankan Empayar Bizantin dan seterusnya merampas kembali Baitul Muqaddis daripada tangan umat Islam.

Pada 4 Jun 1097, Tentera Salib berjaya menakluki ibu kota Seljuk  ( Kesultanan Seljuk Rum ) yang berpusat di Nacara ( Iznik ) menyebabkan tentera pimpinan Sultan Qilij Arselan  mengalami kekalahan besar besaran dalam Pertempuran Dorylaeum di Dataran Tinggi Anatolia.

Seterusnya Tentera Salib terus mara ke Antioch dan mengepung kota ini dari Oktober 1097 hingga Jun 1098M. Walaupun Tentera Islam berjaya memutuskan hubungan dunia luarTentera Salib masih mampu merebut Antioch.



Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, Tentera Salib menakluk Ma'arat al Nu'man pada 2Disember 1098. Maarat anNu'man adalah sebuah kota kecil merupakan pintu utama Tentera Salib sebelum mara ke Damsyik dan Baitul Muqaddis.

Disinilah beribu ribu Tentera Seljuk  dari Kesultanan Seljuk Syria y( 1075 - 1117 ) ang mempertahankan kota ini dibunuh dengan kejam. Keputusan bekalan makanan dan Musim sejuk yang mencengkam telah menyebabkan Tentera Salib memakan daging Tentera Islam yang dibunuh dengan rakusnya.

Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah ( Kaum Frank ), Tentera Salib  terus mara dan berjaya menguasai daerah pesisir pantai Syria serta meluaskan pengaruh mereka di Mediteranean Timur.

Akhirnya pada hari Jumaat 5 Julai 1099M,  Baitul Muqaddis atau Jerusalemi  telah jatuh ke tangan Tentera Salib  yang diketuai oleh Kaum Frank.  Tentera Salib telah membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Muqaddis. Orang orang Islam, Yahudi malahan Kristian Timur ( yang berfahaman Ortodoks ) yang berlindung di rumah ibadat masing masing semuanya dibunuh beramai ramai.



Sebuah kerajaan kristian telah ditubuhkan  di Baitul Muqaddis dengan melantik Godfrey The Bouillon sebagai penguasa Baitul Muqaddis yang pertama.

Pada tahun 1187, Salahuddin Al Ayubi telah berjaya merampas kembali dan membebaskan kota Suci ini setelah 88 tahun berada di dalam genggaman Tentera Salin,

Sudah pastinya segala  pembunuhan dan kekejaman tentera Salib tidak akan terhapus daripada memori umat Islam

Sesungguhnya Perang Salib Pertama ini merupakan titik peralihan bagi perluasan kuasa barat dan pembukaan semula perdagangan antarabangsa sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

BACA LAGI..
1. AL AQSA dalam kenangan .. Sila klik Di sini
2. Riwayat Hidup AlKhawarizmi, Sila klik di sini

BERSAMBUNG.. PERANG SALIB BHG 2.

Selasa, 30 Disember 2014

PERANG SALIB NHG 2



PERANG SALIB KEDUA  ( 1145 - 1149 )

Setelah kejatuhan Baitul Muqaddis ke tangan Kaum Frank, Tentera Salib melakukan serangan ke daerah sekitar untuk meluaskan kekuasaan mereka.Kerana faktor geografi, daerah daerah pantai Syria yang terbentang menghadap ke barat berjaya dikuasai Tentera Salib dengan mudahnya.

Serangan Tentera Salib selanjutnya ke atas Bandar Aleppo dan Damsyik telah menemui kegagalan kerana mendapat tentangan hebat daripada penduduk setempat.Di dua bandar inilah, semangat jihat umat Islam yang hilang telah bangkit kembali.

Para Ulama' telah memainkan peranan yang penting di sebalikkebangkitan semangat jihat umay Islam. Mereka telah membawa kisah kehebatan Zengi, penguasa Turki dari Mosul yang berjaya mengalahkan Tentera Salib dalam Pertempuran Ladang Darahdi Balath pada tahun 1144.

Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa mrupakan kota Negara Salib pertama yang jatuh kepada umat Islam. Semangat jihad ini telah diteruskan oleh putera Zengi bernma Nuruddin. Nuruddin telah memimpin Edessa dan Aleppo


Pada Julai 1149, Nuruddin berjaya mengalahkan Tentera Salib di Inap. Lima tahun kemudian Nuruddin berjaya menyatukan Syria, Cabaran Nuruddi bermula apabla Amalric memimpin Tentera Salib pada 1163.

Selain memerangiKaum Frank, Nuruddin terpaksa campur tangan menyelesaikan masalah dalaman mereka.. Syawar, Menteri Fatimiyyah yang digulingkan minta bantuan Nuruddin untuk menggulingkan Dirgham, musuh politiknya yang disokong oleh Kaum Frank.

Nuuddin mengirim pasukannya di bawah pimpinan  Syirkuh iaitu pakcik kepada Salahuddin Al Ayubi bagi mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah.

Pertempuran di Kaherah telah membuahkan hasil dan Syawar diangkat semula menjadi menteri Fatimiyyah. Seterusnya operasi ketenyeraan yang kedua dibiayai sepenuhnya oleh Nuruddin dan hanya memperoleh kemenangan kecil sahaja.

Kaum Frank kembali ingin menguasai Kaherah menyebabkan Syawar terpaksa minta bantuan Nuruddin sekali lagi.. Syirkuh diberi kepercayaan untuk memimpin operasi menentang Kaum Frank.

Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh telah terbunuh dan tempatnya diganti oleh Salahuddi. Salahuddin berjaya mengalahkan Kaum Frank dan mengusir mereka keluar dari bumi Mesir.


Karier Salahuddin semakin naik. Beliau telah dilantik menjadi menteri Fatimiyyah di bawah Khalifah Al Adid. Setelah Khalifah Al Adid wafat, Salahuddin mengembalikan Dinasti Fatimiyyah di bawah kekuasaan Bani Abbasiah di Baghdad.

Pada 1172, terdapat sedikit pergeseran antara Nuruddin dan Salahuddin tetapi ianya tidak berpanjangan.Dua tahun kemudiannya  Nuruddin telah wafat dan Salahuddin telah mengisytiharkandirinya sebagai pengganti Nuruddin.

Kejatuhan Aleppo telah menyatukan Mesir dan Syria.kemudian Salahuddin mengalihkan perhatiannya kepada Tentera Salib. Salahuddin telah mengadakan perjanjian damai dengan Baldwin iaitu penguasa Jerusalem.

Perjanjian antara dua raja ini mulai retak akibat hasutan Reynald the Chatillon salah seorang pembesar Kaum Frank yang sangat membenci Islam lalu Salahuddin  mengirim satu pasukan tentera ke Kerak  ( salah satu wilayah Raja Baldwin ) untuk menyerang Reynald the Chalitton.

Mendengarkan berita ini, Raja Baldwin IV pun menghantar ternteranya ke sana. Peperangan berjaya dihentikan dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan Kaum Frank. 
Baldwin meninggal dunia dantempatnya diganti oleh Guy the Lusigna.Perjanjian damai ditamatkan akibat hasutanReynald the Chalitton yang merupakan kawa baik Guy. Pada 4 Julai 1187 telah berlaku Perang Hittindi mana kemenangan telah berpihak kepada Tentera Islam.

Guy dan Reynald telah ditangkap dan di bawa kepada Salahuddin. Reynald telah dibunuh adapun Guy telah diseret ke Jerusalem oleh Salahuddin.

9 Julai 1187, Tentera Islam telah berjaya dalam pertempuran di Arce dan menguasai wilayah wilayah dari Gaza hingga Jubayl pada awal September. 

Pada hari Jumaat 2 Oktober 1187, Salahuddin berjaya menawan dan mebebaskan Baitul Muqddis dari pada kekuasaan Tentera Salib maka dengan ini berakhirlah Perang Salib  Kedua.

PERANG SALIB KETIGA ( 1189 - 1192 )

Ianya merupakan cubaan raja raja kristian Eropah untuk merampas semula Baitul Muqaddis daripada tangan orang Islam. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry I dari Englan dan Philip II dari Perancis tealah menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib Ketiga. Namun begitu , Tentera England diletakkan dibawah pimpinan Richard  pada 1189 setelah kematian Henry I.

Maharaja Suci Rom, Federick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbbkan tentera yang besar menyebrangi Anatolia namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati dan berpatah balik ke tanahair ( Rom ).

Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar  mengenai harta rampasan perang. Kecewa dengan Richard, waris Federick ( Leopold V )  dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci paa Ogos 1191.

Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin telah memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan bahawa Baitul Muqaddis kekal di bawah penguasaan Islam dan Orang orang Kristian yang tidak bersenjata dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis.

Dengan perjanjian damai ini maka berakhirlah Perang Salib Ketiga dan Baitul Muqaddis masih kekal di bawah penguasaan Umat Islam

PERANG SALIB KEEMPAT ( 1202 - 1204 )

Pada awalnya dirancang utuk menyerang Jerusalem dengan menceroboh Mesir. Disebabkan pergeseran agama antara Gereja Roman Khatilik di barat dan Gereja Ortodoks di timur sudah sampai ke  kemuncaknya maka Perang Salib Keempat ini telah beralih ke Constantinople iaitu ibukota bagi Empayar Byzantine.

Pada April 1204, Tentera Salib yang terdiri daripada tentera Empayar Rom Suci dan tentera Venice telah menceroboh dan menggeladah kota ini. Empayar Byzantine telah kehilangan Constantinople sehingga tahun 1261.

Hasrat raja raja kristian ingin merampas Baitul Muqaddis dari tangan Tentera Islam tidak terhenti di sini sahaja sungguhpun telah diadakan perjanjian damai semasa Perang Salib Ketiga pada tahun 1187 antara Salahuddin Al Ayubi dengan Richard. 

Pelbagai usaha dan percubaan telah dilakukan namun kesemuanya itu menemui kegagalan . Berikut ini secara ringkas kempen peperangan yang dilakukan oleh Tentera Salib untuk menawan kota Naitul Muqaddis daripada tangan orang Islam.


PENUTUP

Perang Salib kesembilan adalah kemuncak kepada peperangan yang dilancarkan oleh Tentera Salib untuk menguasai Baitul Muqaddis ( Jerusalem )

Selain daripada itu terdapat Perang Salib yang kecil iaitu Perang Salib memerangi golongan  atau fahaman yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian dan musuh peribadi Paus atau raja raja yang lain. Perang Salib seperti ini berterusan ke abad 16 hingga Zaman Pembaharuan dan Refomasi apabila iklim politik dan keagamam berubah.

BACA LAGI...

1. AL AQSA DALAM KENANGAN, SILA KLIK DI SINI
2. BAIBARS   SILA KLIK DI SINI

Sabtu, 29 November 2014

PEMBUKAAN KOTA BAITUL MUQADDIS


Peperangan Yarmouk adalah peperangan kedua antara tentera Islam dengan tentera Rom. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin AlWalid telahberjaya menewaskan tentera Rom. Dengan kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan Kota Suci Baitul Muqaddis, bumi barakah Isra'nya Rasulullah. Bagaimanapun Patriach Sopronius ketua Paderi Baitul Muqaddis enggan menyerahkan Baitul Muqaddis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. Sopronius telah memberi syarat supaya khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin AlKhattab datang sendiri menemui penduduk 'Ihya' ( Jerusalem ) dengan Jaminan keselamatan.

Saidina Umar bersetuju memenuhi syarat tersebut. Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa merendahkan diri, Saidina Umar datang ke Baitul Muqaddis dengan hanya menaiki seekor unta, ditemani oleh seorang khadam dan berbekalkan air, roti dan buah kurma di sepanjang perjalanannya ke Kota suci ini. Setiba sahaja di Jabiyya, Saidina Umar mekuangkan masanya bertemu dengan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah AlJarrah.

Melihatkan Kaki Saidina Umar berceloreng dengan debu tanah dan luka, maka Abu Ubaidah memberi cadangan ingin mengiri Saidina Umar hingga ke pintu kita Baitul Muqaddis.Saidina Umar menolak cadangan itu lalu bersegera meninggalkan perkhemahan tentera di Jabiyya. 

SAIDINA UMAR TIBA DI BAITUL MUQADDIS 

Tentera Rom dan penduduk Ihya' berkumpul memenuhi Jerusalem. Saidina Umar berhenti seketika apabila menjejaki Gerbang Damsyiq. Dengan penuh kehambaan kepada Allah Saidina Umar terus berjalan masuk meninggalkan unta dan khadamnya. Seluruh pembesar dan rakyat di Jerusalem tunduk memberi penghormayan kepada Saidina Umar. Dengan nada yang keras Saidina Umar berkata " 


Alangkah malangnya kamu semua, Angkat kepala kalian. Sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala ( sujud ) seperti ini kecuali kepada Allah".

 Sopronius menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan Saidina Umar. Sambil memegang kunci Kota Baitul Muqaddis, Sopronius berkata kepada Saidina Umar 



 Kemudian Sopronius meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang terdapat pada baju yang dipakainya. Terdapat 17 tampalan semuanya. 

Wakyu Zohor telah masuk, sebagai tuan rumah Sopronius mempelawa Saidina Umar agar solat Zohor di dalam Gereja AlQiamah ( Holy Sepulchre ) . Saidina Umar menolak pelawaan tersebut kerana bimbang jenerasi islam selepasnya akan menukarkan gereja kepada masjid.

 Saidina berjalan ke arah selatan dan mendirikan solat Zohor di satu kawasan lapang tidak jauh dari Gereja AlQiamah. Diatas kawasan inilah kemudiannya dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.



Kemudian Saidina Umar terus menuju ke Haram As Syarif dan beliau mendapati kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan sampah sarap. Saidina Umar menggunakan jubah yang dipakainya bagi membersihkan kawasan tersebut. Tindakan Saidina Umar ini telah diikuti kaum Muslimin, Mereka telah bergotong royong sehinggalah seluruh kawasan tersebut  menjadi bersih dan terang. Ditengah tengah kawasan tersebut tersergam sebungkah batu tergantung yang ingin mengiringi Rasulullah s.a.w naik ke langit di dalam peristiwa Isra dan Mi;raj.

Setelah sepuluh hari berada di Baitul Muqaddis, Saidina Umar kembali semula ke Madinah bersama khadamnya.

Selasa, 2 September 2014

SEJARAH KOTA MEKAH


Makkah ( Makkah al-Mukarramah ) ataupun Mekah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Di sinilah terletaknya Al Masjid Al Haram dan Kaabah yang merupakan qiblat utama umat islam. 

Makkah terletak di ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang, yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid mengandungi bandar lama. 



Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s. kembali ke Palestin.

Apabila air yang dibawa oleh Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi bayi mula menangis meminta susu. 

Hajar mula gelisah lalu berlari mencari air di antara Bukit Safa, Jabal Qubais dan Bukit Marwa. 

Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah maka terpancarlah air ( air zamzam ) dari tanah tersebut. 



Sejak dari itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka tinggal di situ dan membuka penempatan baru. 

Mekah terus membangun menjadi sebuah pusat ibadat yang terkemuka setelah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah.

Kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan Semenanjung Arab telah menimbulkan rasa cemburu dan irihati kepada Raja Abrahah. 

Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Raja Abrahah telah menghantar bala tentera yang menaiki gajah untuk menyerang Makkah namun usaha ini sia-sia sahaja. Raja Abrahah dan tentera bergajah telah dibinasakan. 

Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Disinilah tempat baginda menerima wahyu dan menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Mekah. Tidak ramai dikalangan penduduk Mekah yang menyahut seruannya .

Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.adalah antara sahabat – sahabat Nabi yang mula-mula beriman dengan Allah.

Pada Tahun ke 13 dari Kenabian Rasulullah ( 622 M ) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah. Di sana ajaran Islam telah berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. 



Nabi Muhammad s.a.w. kembali semula ke Makkah pada tahun 628 M bersama-sama ribuan pengikut baginda tanpa ada sedikitpun pertumpahan darah.

Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah serta mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. 

Baginda juga memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentangnya. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

NAMA NAMA MAKKAH 

CATATAN

Lafaz “al-Masjidilharam” telah disebut dalam al-Quran pada 15 tempat (kali). Ia merujuk kepada beberapa tempat, iaitu:
  1. Kaabah.
  2. Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.
  3. Makkah seluruhnya
  4. Seluruh tanah Haram.
والله اعلم

Sabtu, 2 Ogos 2014

TRAJEDI BERDARAH HEBRON



Subuh Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994, dunia telah dikejutkan dengan trajedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi, Hebron, Palestin. Tindakan bacul ini dilakukan ketika umat islam sedang sujud di rakaat kedua (sujud yang terakhir ) solat Subuh.



Baruch Kappel Goldstein  seorang ekstremis Yahudi warga Amerika dari gerakan radikal Kach, adalah orang yang bertanggung jawab melakukan jenayah terancang ini. Goldstein bertugas sebagai seorang doktor sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. 

Beliau yang tinggal di Kampung Kiryat Arba berhampiran bandar Hebron  ( Al Khalil ) pernah mengikuti latihan ketenteraan di beberapa buah kem latihan Zionis.



Pada tanggal 25hb. Febuari 1994 bersamaan 15 Ramadhan 1414H, ketika umat islam sedang mengerjakan solat subuh, Goldstein muncul di pintu masjid dan terus melepaskan tembakan rambang ke arah para jamaah yang sedang sujud di rakaat yang terakhir . 


Darah merah mengalir membasahi seluruh ruang masjid. Seramai 29 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mendapat kecederaan. 



Goldstein telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan namun pihak mahkamah Yahudi telah mengisytiharkannya sebagai gila. Goldstein kembali hidup bebas seperti sebelumnya sehinggalah beliau berjaya dibunuh pada 26hb. Oktober 2008.

Kesan dari trajedi ini pihak Yahudi telah menutup Masjid Ibrahim dan memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya serta memperuntukkan bahawa tempat ini (makam Nabi Yaakub dan isterinya ) adalah untuk orang yahudi sahaja.

Makam ini hanya dibuka untuk orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun iaitu pada
  • awal Muharam, 
  • hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, 
  • tiga hari Tasyrik dan 
  • 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan. 

Selain daripada itu pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam dikunci oleh pihak tentera Rejim Zionis termasuklah bangunan Mahkamah Syariah, pejabat Agama Islam, pejabat pembangunan dan lain-lain.


Perjanjian damai yang ditanda tangani pada 13 September 1993 adalah semata-mata ingin mendapatkan pengiktirafan dari dunia Arab tentang kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka di bumi Palestin.

Dalam perjanjian ini Rejim Yahudi kononnya bermurah hati untuk menyerahkan Ghaza dan Jericho kepada Palestin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yahudi atas pengiktirafan akan kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka. 


Dahulunya kedua-dua wilayah ini adalah milik Mesir ( Ghaza ) dan Jordan ( Jericho ) kemudian telah dirampas oleh Yahudi dalam Perang Arab Yahudi pada tahun 1967.

Penyerahan Ghaza dan Jericho adalah semata-mata umpan sahaja dan orang Yahudi berhak menarik balik ( menjajah semula ) kedua-dua wilayah ini bila-bila masa sahaja.

Perjanjian yang penuh tipu muslihat ini menyaksikan bagaimana kawasan - kawasan suci umat islam seperti Hebron dan Baitul Muqaddis tidak lagi menjadi milik rakyat Palestin.


Ini bermakna Hebron dan Baitul Maqdis bumi kelahiran anbiya'  kini telah menjadi wilayah yang ditadbir oleh orang Yahudi.

Trajedi pembunuhan di Hebron telah menjadi bukti yang nyata kepada kita. Tidak sampai enam bulan perjanjian damai dimeterai ( 13 September 1993 - 25hb Febuari 1994 ) telah berlaku satu pembunuhan yang sememangnya telah dirancang sebelum perjanjian damai.


Inilah dia tipu muslihat Yahudi. 


Bayangkan berapa banyak perjanjian mereka dengan Allah sewenang-wenangnya mereka langgar- inikan pula perjanjian dengan manusia khususnya umat Nabi Muhamad yang mereka anggap sebagai musuh utama mereka. 

Cukuplah kisah kisah mereka di dalam AlQur'an menjadi iktibar dan pengajaran buat kita selama-lamanya. 

 والله أعلم.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com