Sabtu, 25 Disember 2010

SYIAH

Syiah adalah satu fahaman yang “kononnya” mengutamakan Saidina Ali bin Abi Thalib serta keturunannya . Golongan ini berpendapat bahawa Saidina Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w bukannya Saidina Abu Bakar, Umar ataupun Uthman. Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan ianya perlu disekat. Berikut ini adalah beberapa bentuk penyelewengan yang terdapat di dalam ajaran Syiah


1. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas
Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78: Terjemahannya:

“Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".

Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. Fahaman ini adalah salah satu dari fahaman yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ iaitu seorang Yahudi dari Yaman yang berpura-pura memeluk islam.

Menurut Abdullah bin Saba’ Konsep Wasi adalah konsep wasiat sebagai pengganti iaitu mengangkat Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah s.a.w. Katanya: “Setiap nabi mesti mempunyai wasi (orang yang menerima wasiat) Sebagai Contoh Yusya` bin Nun adalah wasi kepada Nabi Musa maka, Abi bin Abu Talib itulah wasi Muhammad. Tidak ada orang yang lebih zalim daripada mereka yang tidak melaksanakan wasiat baginda.

Dengan konsep yang diubah suai dari doktrin agama Yahudi ini, Ibn Saba’ telah berjaya meracuni keimanan penduduk Mesir agar mengangkat Saidina Ali sebagai khalifah dengan menolak kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman. Hasilnya Ibn Saba’ telah berjaya menaikkan semangat puak-puak supaya menentang dan memberontak terhadap Sayyidina Uthman. Kesudahannya, provokasi itu membawa kepada kesyahidan Uthman pada 18 Dzulhijjah tahun 35H.
Sedangkan dalam Islam tidak terdapat satu naspun samada dari al-Quran mahupun Hadith-hadith sahih yang yang menentukan bahawa Saidina Ali itu adalah khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah berbaiahdengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

2. Imam adalah maksum

Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum.

“Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi”. Kitab Aqaid al-Imamiah

3. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')

Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.

Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenai peristiwa anakku Ismail

Pendapat ini jelas bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata." (Surah al-An'am ayat 59)

4. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka termasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

5. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.

Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Beberapa bulan sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna”

Selepas tahun 329H bermula Ghaibah Kubra hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta..

Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas ialah Imam Mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah.

"Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: "Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman". (Riwayat al-Tirmidhi) Dalam riwayat Abu Daud dan al-Hakim menyebut “Ia memerintah bumi selama tujuh tahun."

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka.

Nikah Mut'ah.

Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Menurut golongan Syiah lagi “nikah mut'ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita.

Sesungguhnya Islam telah mengharamkan Nikah Mut'ah. Sabda Rasulullah pada haji Wida’ "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya. Hadith riwayat Ibnu Majah

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya." (Riwayat Ibnu Majah)

LAIN – LAIN BENTUK PENYELEWENGAN AJARAN SYIAH


1) Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga
2) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
3) Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman.
4) Berpura-pura (al-Taqiyyah)
5) Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.
6) Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan
7) Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas
8) Sembahvang Duha Adalah Bid'ah
9) Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji
10) Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.
11) Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali
12) Menambah Syahadah.
13) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir
14) Menolak ljmak Ulama
15) Menolak Qias

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com