Sabtu, 30 Julai 2011

KAABAH


Baitullah Al Haram ataupun Kaabah adalah bangunan paling mulia dalam Masjidil Haram, menjadi kiblat umat Islam. Kaabah adalah rumah ibadat pertama yang dibina di muka bumi. 

Firman Allah 
yang bermaksud:

“Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk manusia adalah yang terdapat di Bakkah, yang penuh keberkatan sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda kekuasaan Allah, Maqam Ibrahim, barang siapa yang memasukinya ia dijamin keamanannya.”


Bangunan Kaabah dibina daripada batu batan yang diambil daripada lima gunung iaitu Gunung Lubnan, Tur Zalta, Tur Sina, Judi dan Hira’.

Semasa zaman Jahiliyah, Kota Mekah dilanda banjir kilat menyebabkan Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Usaha membaiki Kaabah telah dijalankan antara empat puak Quraisy 
dan Rasulullah turut serta membantu

Setelah dinding-dindingnya siap dibina, perbalahan telah berlaku dalam menentukan siapakah yang dari kalagan puak puak ini yang layak membawa dan meletakkan batu hajar aswad pada dinding Kaabah ini

Atas kebijaksanaan Rasulullah, Baginda mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain dan setiap bucu kain tersebut hendaklah dipegang oleh seorang pemimpin puak.

Setelah kain yang membawa Hajarul Aswd tiba di dinding Kaabah lalu Rasulullahpun mengambil batu tersebut dan meletakkannya di dinding Kaabah.

Struktur binaan Kaabah yang ada pada hari ini dibina oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqaflyy yang musnah akibat terkena meriam.

 Kaabah juga pernah mengalami pembaikan besar pada zaman Sultan Murad IV ( 1623 - 1640 ) pemerintah Daulah Uthmaniyyah.

Pembaikan seterusnya pada 19 Syaaban 1039H akibat banjir besar dan siap pada Ramadan tahun berikutnya.

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami dua kali pembaikan iaitu 


Pertama
zaman pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 H / 1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah.


Kedua
Pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz pada tahun 1417 H /1996 M . Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak dari zaman Sultan Murad IV.

Ketinggian binaan Kaabah adalah 14 meter, manakala panjangnya dari Hajarul Aswad ke Rukun Iraqi adalah 12.84 meter. 
Ukuran dari Rukun Iraqi ke Rukun Syami adalah 11.28 meter.

Ukuran di antara Rukun Syami dan Rukun Yamani adalah 12.11 meter, manakala ukuran panjang antara Rukun Yamani hingga ke Hajarul Aswad adalah 11.52 meter.

Terdapat pelbagai nama dan panggilan yang merujuk kepada Kaabah. Kepelbagaian nama itu menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Kaabah. Antaranya:

  1. Al-Bait 
  2. Baitullah 
  3. Al-Bait al-Haram 
  4. Al-Bait al-Atiq 
  5. Al-Qiblah 
Untuk melihat gambar di dalam Kaabah sila klik disini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com