Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom. Ianya terletak di selatan  Bandaraya Amman, Jordan dalam Muhafazah ( daerah ) Karak.

Mu'tah merupakan tanah jajahan Kerajaan Rom Timur ( Byzantine ) yang diperintah oleh Kaisar Hercules.


Peperangan Mu'tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal Tahun 8H bersamaan bulan September Tahun 629M sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil  Al Ghassani  pererintah tanah jajahan Byzantine.

Dalam peperangan ini Rasulullah s.a.w tidak ikut serta. Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana  selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

.
Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah Zaid bin
Harithah ( anak angkat Rasulullah ), Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.



GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bebdera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib (  sepupu Rasulullah ) sebagaimana yang diwasiatkan oleh Nabi. Untuk memudahkan pergerakannya Jaafar bin Abi Talib bertindak berani turun ke dari kudanya.

Masjid yang menempatkan makam jasad Jaafar Attoyyar

Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkan Jaafar bin Abi Talib sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.



Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan beliaupun turut syahid. Melihatkan keadaan  nii Tsabit bin Arqam telah mengambil bendera tersebut lalu berteriak..

" Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah kamu pada seseorang " 

Lalu kaum Musliminpun berkumpul mengililingi Khalid bin al Walid ( isyarat bai'ah  perlantikan  Khalid bin Al Walid sebagai pangkima perang Tentera Muslimin yang baru ). Dengan ini, maka Tsabit bin Aeqam menyerahkan  bebdera Nabi kepada beliau ( Khalid bin AlWalid ).



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategibaru.Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang membuat satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.
Keesokan harinya selepas subuh beliaumengarahkan barisan hadapan ke belakang dan barisan belakang ke hadapan. Begitu juga barisan sebelah kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke  kanan  dan barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang  tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.

Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.




Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com